Friday 18 May 2012

Harap Maklum

                Harap Maklum untuk tempahan bakul telor harga runtuh dah TAMAT. tidak diterima lagi tempahan hingga November dan Disember 2012.. kerana tempahan dah dah melebihi target. Saya akan buka lagi jika saya mampu menyiapkan semua tempahan yg ada buat masa terdekat ini

Sunday 1 April 2012

Bakul Telur Harga Runtuh


Salam 1 malaysia kepada semua...
Promosi harga runtuh untuk Bekas telur ini... Biasanya saya jual dengan harga RM0.90 per pcs... Untuk harga promosi ini per pcs hanya RM0.60 sahaja.. minimun oder 100pcs. Tertakluk pada terma dan syarat..  hehehehe... Promosi bermula hari ini 1 April 2012 hingga 1 November 2012 sahaja. Kerana untuk memastikan tempahan untuk majlis pada November dan Desember 2012 siap di packing.

Perhantaran percuma di sekitar Kamunting, Batu Kurau dan Taiping Perak. Kepada sesiapa yang berminat boleh lah beri keterangan lanjut disini atau di facebook saya. Search google : Ema Bellezza Abd Ghani atau di page like Puan Ema.

Wednesday 25 January 2012

Bekas Telur untuk Pelbagai Majlis

Salam 1 Malaysia, Assalamualaikum

              Dah lama Ema Paper Craft tak buat entri baru untuk kraft-kraft Ema. Nak kata sibuk sangat tu, tak lah juga, tapi memandangkan Ema masih baru dalam dunia blogger ni la penyebab Ema malas nak layari blog sendiri. Tapi, kalau malas, macam mana nak maju. Ini lah penyakit melayu. Bila dah kena penyakit malas ni memang tak boleh nak kata apa. Tapi, Ema gagahkan juga. Terima Kasih buat kawan baik Ema, Puanbee. Kerana dia lah Ema berblogger.

              Ok, kat sini Ema nak kenalkan Bekas Telur. Bila namanya bekas telur,mesti semua sudah tahu saiznya. haruslah muat-muat telur. Bentuknya mudah dianyam, bakul twist. Minimum oder untuk bekas ni 100pcs. Gambar ni diambil apabila siap tempahan dari kawan lama Ema sebayak 200pcs. ok mari pertontonkan hasilnya.



Harga 1pcs RM0.90 Percuma Perhantaran Kawasan Taiping
Harga Pos Semenanjung bergantung pada berat
Minimum oder 100pcs

Saturday 12 November 2011

Basikal Mini

jom! jom! jom!
hehehehehe.....
basikal ni xbole kayuh pon... tp ini utk letak kotak tisu segi empat sama... yg ader cartoon tu... xsempat nk uplod pic kotak tissu tu...
muatan belakang tu jg bole letak bunga.., kepada yg buat homemade chocolate bole hias rose lolichoc. Nanti bila  berkesempatan Ema akn uplod pic yg da dihias dgn rose lolichoc tu ok...

Harga Pengenalan: RM40 per pcs

Monday 24 October 2011

giveway yanmieonline.com

Salam... Dan Hi semua...
Salam perkenalan. Saya masih baru dalam dunia bloger ni,dan ini pertama kalinya saya mencuba giveway. Saya xberapa pandai nk coret lebih2... tp, Insyaallah saya cuba juga. Saya buat blog sebab perkenalkan hasil craf saya dr bahan yg kekadang tu org buang2 ajer... and ader juga org pandang sipi ajer.

(yes! da pandai)
Bahan utama yg saya gunakan utk hasilkan craf adalah akhbar lama. Atau lebih kenal dengan nama "paper lama,surat khabar lama" ha gitu...
Setiap kali saya terpandang paper lama terbuang, di minda saya terbayang hasil craf yg sgt cantik.. dan xsiapa tahu sekali pandang hasil craft itu adalah dr "paper lama"...

Ok mulakan utk entry Giveway Kak Yanmie

 Saya xder aper nk komen utk Kak Yanmie sb, saya masih br nk berblogging. Tp, saya cuba juga giveway yanmie utk tambah rakan, saya follow dan like giveway yanmie dulu. ok tqvm.

"Giveway yanmieonline.com menawarkan header blog hasil designer dari Budak Nakal"