Thursday 22 September 2011

Tudung Saji Penutup Makanan Dari Bendasing

Hai Salam semua..
                  Ema Paper Craft ada sesuatu yang menarik kali ini. Cantik sangat apabila Tudung Saji ini menghiasi meja makan bagi menutupi hidangan, tak kira lah dari menu sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang mahu pon makan malam...
                 Walaupun diperbuat daripada kertas, digulung menjadi seperti sebatang starw lalu dianyam kemas lagi rapi.. kemudian disapu syelek mingikut pilihan warna... Ditambah pula dengan hiasan (jika diminta) Siapa sangka ia dari kertas kan?... strukturnya menjadi kuat dan kukuh. Jangan risau tidaklah menjadi masaalah jika terkena air. Kerana luaran kertas sudah diselaputi tepung ubi kemudian dujemur keras,kemudian disapukan syelek. Lagi bertahmah kukuh dan tahan basah. Biasalah tudung saji mudah berhabuk,jadi boleh lah dicuci. Kemudian jemurkan seketika. biar terkena cahaya matahari.
                  Bukan tudung saji sahaja yang boleh dicuci kesemua hasil kraft saya boleh dicuci. Jika berminat, apa tunggu lagi..  Hubungi saya segera bagi mendapatkan 1pcs Tudung Saji anda.


Harga : RM80 Semenanjung sahaja  (termasuk pos)
Kunjungi saya di facebook http://facebook.com/Ema-Bellezza-AbdGhani/

No comments: